Skip to main content

Dasar Privasi Platform Berasaskan Web dan Aplikasi Mudah Alih

Kali Terakhir Dikemas Kini 25 Mei 2021

Pengenalan

Science 37, Inc. (“Science 37” atau “kami”), komited untuk melindungi maklumat anda. Untuk melaksanakannya, kami mahu anda lebih membiasakan diri dengan cara kami memproses maklumat anda di Platform Berasaskan Web dan/atau Aplikasi Mudah Alih Science 37 (“Platform”), yang kami sediakan untuk memudahkan penyertaan dalam ujian percubaan klinikal. Dasar Privasi Platform Science 37 (“Dasar Privasi”) ini menggariskan bagaimana Science 37 mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat yang anda berikan dalam interaksi anda dengan Platform. Ini adalah berasingan daripada amalan pengendalian data yang digariskan oleh penaja dalam Borang Kebenaran Bermaklumat. 

Penaja membuat keputusan penting atas Maklumat Peribadi mana yang dikumpulkan dan bagaimana Maklumat Peribadi anda digunakan dan didedahkan sebagai sebahagian daripada ujian percubaan klinikal. Untuk maklumat lanjut tentang cara Maklumat Peribadi anda dikendalikan dalam ujian percubaan klinikal, hak-hak perlindungan data anda, dan siapa untuk dihubungi dengan apa-apa pertanyaan tentang ujian percubaan klinikal, sila rujuk kepada bahagian kerahsiaan Borang Kebenaran Bermaklumat berkenaan.

Sebagai mana yang digunakan dalam Dasar Privasi ini, “Maklumat Peribadi” bermakna apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti atau secara munasabah boleh dipautkan, secara langsung atau tidak langsung, kepada orang semula jadi tertentu.

Maklumat Yang Kami Kumpulkan Tentang Anda

Kami mengumpulkan Maklumat Peribadi berikut apabila diminta oleh penaja untuk mencipta akaun pengguna Platform:

  • Nama dan alamat e-mel anda

  • Bahasa kegemaran dan zon masa anda

Cara Kami Mengumpulkan Maklumat Peribadi Anda

Kami akan mengumpulkan maklumat daripada anda apabila anda melengkapkan borang di Platform. Kami juga boleh mengumpulkan maklumat apabila anda berhubungan dengan kami (sebagai contoh, melalui e-mel) dan apabila anda melaporkan masalah dengan Platform. 

Kami perlu mengumpulkan Maklumat Peribadi anda untuk menyediakan perkhidmatan Platform yang diminta kepada anda. Sekiranya anda tidak memberikan maklumat yang diminta, kami mungkin tidak boleh menyediakan perkhidmatan Platform. Sekiranya anda mendedahkan apa-apa Maklumat Peribadi berkaitan dengan orang lain kepada kami atau kepada penyedia perkhidmatan kami berkaitan dengan Platform, anda mengakui bahawa anda mempunyai kebenaran untuk melakukannya dan untuk membenarkan kami menggunakan maklumat menurut Dasar Privasi ini.

Cara Kami Menggunakan dan Mendedahkan Maklumat Peribadi

Penggunaan

Kami menggunakan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan untuk tujuan undang-undang, kontraktual dan perniagaan yang berkaitan dengan penyertaan anda dalam ujian percubaan klinikal. Ini termasuk, sebagai contoh, pengumpulan Maklumat Peribadi untuk tujuan berkaitan perkhidmatan (seperti mengoptimumkan pengalaman pengguna anda dan mengekalkan keselamatan Platform), menyokong pematuhan (lokasi anda boleh menentukan undang-undang mana yang diguna pakai terhadap anda), dan menyediakan penyesuaian kegemaran bahasa.
Kami dan penyedia perkhidmatan kami menggunakan Maklumat Peribadi untuk tujuan berikut:

  • Menyediakan keberfungsian Platform dan memenuhi permintaan anda.

  • Untuk menyediakan keberfungsian Platform kepada anda, seperti menyusun atur akses ke akaun berdaftar anda, dan menyediakan khidmat pelanggan berkaitan kepada anda.

  • Untuk merespons kepada pertanyaan anda dan memenuhi permintaan anda, apabila anda menghubungi kami melalui salah satu borang hubungan dalam talian kami atau sebaliknya; sebagai contoh apabila anda menghantar pertanyaan, cadangan, pujian atau aduan kepada kami.

  • Untuk menghantar maklumat pentadbiran kepada anda, seperti perubahan kepada terma, syarat, dasar dan perubahan kepada Platform.

Kami akan melaksanakan aktiviti ini untuk menguruskan perhubungan kontraktual kami dengan anda dan/atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang.

  • Mencapai tujuan perniagaan kami.

  • Untuk mentadbir dan melindungi keselamatan Platform, termasuk pencarisilapan, analisis data, dan ujian sistem.

  • Untuk analisis data; sebagai contoh, untuk menilai trend tentang penggunaan Platform, untuk menambah baik kecekapan Platform.

  • Untuk audit, untuk menentusahkan bahawa proses dalaman kami berfungsi sebagai mana yang dimaksudkan dan untuk menangani syarat-syarat undang-undang, pengawalaturan, atau kontraktual.

  • Untuk tujuan pencegahan fraud dan pemantauan keselamatan fraud; sebagai contoh, untuk mengesan dan mencegah serangan siber atau percubaan untuk melakukan pencurian identiti.

  • Untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu.

  • Untuk meningkatkan, menambah baik, membaiki, menyelenggara, atau mengubah suai produk dan perkhidmatan semasa kami, serta melaksanakan langkah-langkah jaminan kualiti dan keselamatan.

Kami melaksanakan aktiviti-aktiviti ini untuk menguruskan perhubungan kontraktual kami dengan anda, untuk mematuhi kewajipan undang-undang, dan/atau berdasarkan kepentingan sahih kami.

  • Mengagregat dan/atau menjadikan Maklumat Peribadi sebagai tanpa nama.

  • Kami boleh mengagregat dan/atau menjadikan Maklumat Peribadi sebagai tanpa nama supaya ia tidak lagi dianggap Maklumat Peribadi. Kami melakukannya untuk menjana data lain untuk kegunaan kami, yang kami boleh guna dan dedahkan untuk apa-apa tujuan, asalkan ia tidak lagi mengenal pasti anda atau individu lain. Sebagai contoh, kami boleh mengagregat data penggunaan keseluruhan untuk mengenal pasti trend tentang bagaimana pengguna Platform mengakses ciri Platform tertentu untuk memaklumkan penambahbaikan akan datang.

Pendedahan

Maklumat Peribadi boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami, untuk memberi kemudahan kepada perkhidmatan yang mereka sediakan kepada kami. Ini boleh termasuk penyedia perkhidmatan seperti pengehosan web, analisis data, pencegahan fraud, teknologi maklumat, dan peruntukan infrastruktur berkaitan, khidmat pelanggan, penghantaran e-mel, pengauditan, dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Penggunaan dan Pendedahan Lain

Kami juga menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda sebagai mana yang perlu dan wajar, dan tanpa kebenaran tertentu anda, khususnya apabila kami mempunyai kewajipan undang-undang atau kepentingan sahih untuk melakukannya, termasuk:

  • Untuk mematuhi perintah mahkamah, undang-undang, pengawalaturan, atau proses undang-undang, termasuk untuk merespons kepada permintaan kerajaan atau pengawalaturan, yang boleh termasuk undang-undang di luar negara anda bermastautin.

  • Untuk bekerjasama dengan pihak awam dan pihak berkuasa kerajaan, termasuk untuk merespons kepada permintaan atau untuk menyediakan maklumat yang kami percaya perlu atau wajar (ini boleh termasuk pihak berkuasa di luar negara anda bermastautin).

  • Untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa undang-undang, termasuk, sebagai contoh, apabila kami merespons kepada permintaan dan perintah pihak berkuasa undang-undang atau menyediakan maklumat yang kami percaya adalah penting.

  • Untuk tujuan undang-undang lain, termasuk untuk menguatkuasakan terma dan syarat kami atau untuk melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta benda, dan/atau yang dimiliki oleh sekutu niaga kami, anda dan orang lain.

  • Berkaitan transaksi jualan atau perniagaan. Kami mempunyai kepentingan sahih dalam mendedahkan atau memindahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga dalam kes penyusunaturan semula, penggabungan, jualan, usahasama, peletakan tugas, pemindahan atau disposisi lain terhadap semua atau mana-mana bahagian perniagaan kami, aset, atau saham kami (termasuk yang berkaitan dengan mana-mana kebankrapan atau prosiding seumpamanya).

Maklumat Lain

Maklumat Lain” ialah apa-apa maklumat yang tidak mendedahkan identiti tertentu anda atau tidak mengaitkan individu boleh dikenal pasti secara langsung. Platform mengumpulkan Maklumat Lain seperti:

  • Maklumat pelayar dan peranti

  • Data penggunaan aplikasi

  • Maklumat yang dikumpulkan melalui tag piksel dan teknologi-teknologi lain

  • Maklumat yang telah diagregatkan dengan cara ia tidak lagi mendedahkan identiti tertentu anda

Kami boleh menggunakan dan mendedahkan Maklumat Lain untuk apa-apa tujuan, melainkan disyaratkan untuk melakukannya di bawah undang-undang yang diguna pakai. Sekiranya kami diperlukan untuk menganggap Maklumat Lain sebagai Maklumat Peribadi di bawah undang-undang yang diguna pakai, kami boleh menggunakan dan mendedahkannya untuk tujuan yang kami gunakan dan dedahkan Maklumat Peribadi sebagai mana yang diperincikan dalam Dasar Privasi ini. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin menggabungkan Maklumat Lain dengan Maklumat Peribadi. Sekiranya kami melakukannya, kami akan menganggap maklumat digabungkan sebagai Maklumat Peribadi.  

Pemindahan Dan Storan Maklumat Peribadi

Science 37 beribu pejabat di Los Angeles, California, di Amerika Syarikat. Maklumat Peribadi anda mungkin disimpan dan diproses di mana-mana negara yang kami miliki kemudahan atau penyedia perkhidmatan yang kami lantik di sana, dan dengan menggunakan Platform, anda memahami bahawa maklumat anda akan dipindahkan ke negara-negara di luar negara anda bermastautin, termasuk Amerika Syarikat, yang mungkin mempunyai peraturan perlindungan data yang berbeza daripada negara anda. Dalam keadaan tertentu, mahkamah, agensi penguat kuasa undang-undang, agensi pengawalaturan, atau pihak berkuasa keselamatan di negara-negara lain tersebut boleh dibenarkan untuk mengakses Maklumat Peribadi anda.

Maklumat Tambahan Mengenai EEA, Switzerland dan UK

Sesetengah negara bukan EEA diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah, Switzerland dan UK sebagai menyediakan tahap perlindungan data yang mencukupi mengikut standard mereka (senarai penuh negara dengan perlindungan mencukupi tersedia di sini). Untuk pemindahan dari EEA, Switzerland dan UK ke negara-negara yang tidak dianggap mencukupi oleh Suruhanjaya Eropah, kami telah meletakkan langkah-langkah mencukupi, seperti klausa kontraktual standard yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Eropah untuk melindungi Maklumat Peribadi anda. Anda boleh mendapatkan salinan langkah-langkah ini dengan menghubungi kami mengikut bahagian "Cara Menghubungi Kami" di bawah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan privasi tentang pemindahan atau penyimpanan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi kami di Privacy@Science37.com.

Keselamatan Data

Science 37 komited untuk melindungi Maklumat Peribadi yang anda kongsi dengan kami. Kami berusaha untuk menggunakan kombinasi teknologi, prosedur dan langkah-langkah penyusunaturan keselamatan yang munasabah untuk membantu melindungi Maklumat Peribadi anda daripada akses, penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran. Malangnya, tiada sistem transmisi atau penyimpanan data yang boleh dijamin 100% selamat. Sekiranya anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat, sila maklumkan kepada kami dengan serta-merta mengikut bahagian “Cara Menghubungi Kami” di bawah.

Pengekalan Data

Kami mengekalkan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan atau dibenarkan mengikut tujuan ia didapatkan, sebagai mana yang digariskan dalam Dasar Privasi ini, dan/atau mengikut undang-undang yang diguna pakai. Kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh pengekalan kami termasuk: 

  • Jangka masa yang kami ada dalam berhubungan secara berterusan dengan anda dan menyediakan Platform kepada anda (sebagai contoh, sepanjang tempoh kajian yang anda turut serta);

  • Sama ada terdapat kewajipan undang-undang yang kami tertakluk di bawahnya; atau

  • Sama ada pengekalan adalah disarankan mengikut kedudukan undang-undang kami (seperti mengenai statut pengehadan yang diguna pakai, litigasi atau penyiasatan kawal aturan). 

 Hak-hak Anda

Sekiraya anda ingin meminta untuk mengakses, membetulkan, mengemas kini, menahan, menyekat atau memadam Maklumat Peribadi, membantah atas atau memilih keluar daripada pemprosesan Maklumat Peribadi, atau sekiranya anda ingin meminta untuk menerima sesalinan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan mengedarkannya ke syarikat lain (setakat hak-hak ini disediakan kepada anda oleh undang-undang yang diguna pakai), sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat hubungan di hujung Dasar Privasi ini. Kami akan menjawab permintaan anda secara konsisten dengan undang-undang yang diguna pakai. 

Dalam permintaan anda, sila nyatakan dengan jelas Maklumat Peribadi yang anda ingin tukar atau sama ada anda ingin Maklumat Peribadi anda ditahan daripada pangkalan data kami. Untuk perlindungan anda, kami hanya boleh menunaikan permintaan terhadap Maklumat Peribadi yang dikaitkan dengan alamat e-mel tertentu yang anda gunakan untuk menghantar permintaan anda kepada kami, dan kami mungkin perlu menentusahkan identiti anda sebelum menunaikan permintaan anda. Kami akan cuba untuk memenuhi permintaan anda secepat mungkin sebagai mana yang secara praktikalnya munasabah.

Harap maklum bahawa kami mungkin perlu untuk mengekalkan maklumat tertentu untuk tujuan penyimpanan rekod dan/atau melengkapkan mana-mana transaksi yang anda mulakan sebelum permintaan untuk mengubah atau memadam. 

Sekiranya anda menarik diri atau dikeluarkan daripada ujian percubaan klinikal, kami tidak akan mengumpul atau menerima apa-apa maklumat baharu daripada Platform. Walau bagaimanapun, maklumat yang telah pun dikumpulkan, diproses, dan disimpan sehingga pada masa permintaan penarikan diri anda diterima mungkin tidak boleh dipadamkan, dan mungkin boleh digunakan untuk tujuan ujian percubaan klinikal, termasuk dalam pematuhan syarat-syarat pengawalaturan, melainkan undang-undang yang diguna pakai mensyaratkan yang sebaliknya.

Perubahan Kepada Dasar Privasi

Kami boleh membuat perubahan kepada Platform, dan sehubungan itu, kami perlu mengkaji semula Dasar Privasi ini untuk mencerminkan perubahan tersebut. Kami akan mengepos perubahan tersebut di laman web kami, oleh itu anda hendaklah meneliti halaman ini secara berkala. Sebarang perubahan akan dikuatkuasakan apabila kami mengepos Dasar Privasi yang telah diubah di laman web kami.

Cara Menghubungi kami

Science 37, Inc.
Jen Davis, Deputy General Counsel and Privacy Officer
600 Corporate Pointe #320
Culver City, CA 90230

Maklumat Tambahan Mengenai EEA dan UK

Anda juga boleh

  • Menghubungi Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami dengan menghantar e-mel ke Privacy@Science37.com.

  • Memfailkan aduan terus kepada mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan berkenaan untuk negara atau wilayah di mana anda mempunyai kediaman sebagai penginapan biasa atau tempat kerja atau di mana pelanggaran undang-undang perlindungan data yang diguna pakai didakwa berlaku. Senarai pihak berkuasa perlindungan data tersedia di http://ec.europa.eu/newsroom/article29/item-detail.cfm?item_id=612080.