Skip to main content

Terma dan Syarat Platform Sesawang dan Aplikasi Mudah Alih Science 37

 Penggunaan anda dalam Platform Sesawang atau Aplikasi Mudah Alih Science 37 mewakili penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat ini. Anda diberi akses kepada Platform Sesawang dan/atau Aplikasi Mudah Alih Science 37 untuk memudahkan penyertaan anda dalam sebuah percubaan klinikal.  Sila pastikan bahawa anda membaca Terma dan Syarat ini dengan teliti, terutamanya bahagian-bahagian tentang Penafian Waranti, Sekatan Lesen, Perwakilan dan Waranti Anda, Had Liabiliti, Perlindungan, dan Undang-Undang Yang Mentadbir, yang mana kami telah besarkan hurufnya, menggaris atau tebalkan untuk menarik perhatian anda.  Penolakan Terma dan Syarat ini mungkin akan menjejaskan kelayakan anda untuk menyertai percubaan tersebut.

Siapa kami dan perihal perjanjian ini

Science 37, Inc. (secara keseluruhannya dirujuk sebagai “Science 37”, atau “Kami”) memudahkan penyertaan anda dalam percubaan klinikal dengan melesenkan Platform Sesawang dan/atau Aplikasi Mudah Alih Science 37 (“Platform”)nya kepada anda. Platform ini membolehkan anda menggunakan Platform Science 37 sebagai sebahagian daripada percubaan klinikal (“Percubaan”) yang mana anda telah menyatakan minat anda untuk menyertainya.  Terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”) membentuk perjanjian yang sah di antara Science 37 dan anda sebagai individu (“anda”) tentang akses dan penggunaan anda terhadap Platform dan Perkhidmatan kami. Peruntukan Platform ini dirujuk dalam Terma dan Syarat ini sebagai “Perkhidmatan.”   
 
Peranan Science 37 terhad kepada menjadikan Platform dan Perkhidmatan ini tersedia untuk anda.  Science 37 adalah bebas daripada penaja percubaan klinikal dan pembekal-pembekal penjagaan kesihatan dan kakitangan lain yang akan memberi perkhidmatan yang berkaitan dengan percubaan kepada anda melalui Perkhidmatan ini.  Science 37 tidak bertanggungjawab, dan tidak mempunyai sebarang liabiliti ke atas tindakan, pengecualian ataupun ke atas sebarang kandungan dalam komunikasi yang dilakukan oleh kakitangan pembekal perkhidmatan kesihatan.  Dengan menyediakan Platform dan Perkhidmatan ini, Science 37 tidak menyediakan nasihat mahupun perkhidmatan perubatan atau kesihatan.

Privasi anda

Kami menggunakan sebarang maklumat yang anda sediakan melalui penggunaan anda terhadap Platform dan Perkhidmatan dengan cara yang diperuntukkan dalam Dasar Privasi kami.  Kami tidak menggunakan data ini dalam apa jua cara yang lain.

Sekiranya anda memuat turun Platform ini daripada sebuah stor aplikasi, terma dan syarat dan dasar privasi stor aplikasi seumpama ini mungkin akan dikenakan terhadap anda. Kami menggalakkan supaya anda membaca terma dan syarat dan dasar privasi stor aplikasi relevan yang anda gunakan untuk memuat turun Platform untuk memahami terma mereka dan bagaimana mereka menggunakan maklumat peribadi anda.
 
Sokongan untuk Platform
Sekiranya anda ingin mempelajari dengan lebih lanjut mengenai Platform atau memerlukan sokongan dalam menggunakan Platform, sila hubungi kami di techsupport@science37.com.

Anda mesti berumur 13 tahun (atau umur minimum seumpama ini yang disyaratkan di negara atau wilayah pemastautinan anda) dan ke atas untuk menerima Terma dan Syarat ini dan menggunakan Platform.

Sekiranya anda tidak mempunyai kapasiti perundangan (contohnya kerana anda bawah umur) untuk memasuki Terma dan Syarat ini, sila pastikan bahawa anda membaca Terma dan Syarat ini dengan penjaga sah anda dan hanya menggunakan Platform sekiranya mereka memberi kebenaran untuk penggunaan anda dan juga terhadap Terma dan Syarat ini.

Bagaimana anda boleh menggunakan Platform

Sebagai balasan kepada persetujuan anda untuk mematuhi Terma dan Syarat ini, anda boleh:

(i)        memuat turun sesalinan Platform ke dalam peranti mudah alih anda dan melihat, menggunakan dan memaparkan Platform dan Perkhidmatan di peranti ini untuk tujuan peribadi anda sahaja; dan

(ii)       menerima dan menggunakan sebarang kod perisian tambahan atau pengemaskinian Platform yang memasukkan "tampalan" dan pembetulan ralat yang kami sediakan kepada anda.

Anda tidak boleh memindahkan Platform kepada orang lain.

Sebagai balasan kepada persetujuan anda dengan Terma dan Syarat ini, kami memberikan anda secara peribadi hak untuk menggunakan Platform dan Perkhidmatan seperti yang dinyatakan di atas. Selain itu anda tidak boleh memindahkan Platform atau Perkhidmatan ini kepada orang lain.

Pengemaskinian kepada Platform dan perubahan kepada Perkhidmatan

Dari semasa ke semasa kami mungkin akan mengemas kini secara automatik atau mengubah Platform dan/atau Perkhidmatan untuk meningkatkan prestasi, merangsang keberfungsian, menunjukkan perubahan kepada sistem operasi atau menyelesaikan isu keselamatan.  Secara alternatif, kami mungkin meminta anda untuk mengemas kini Platform atas tujuan-tujuan ini.

Sekiranya anda memilih untuk tidak memasang pengemaskinian ini atau anda memilih untuk tidak menerima pengemaskinian automatik anda mungkin tidak akan dapat terus menggunakan Platform dan Perkhidmatan ini.

Sekiranya seseorang yang lain memiliki telefon atau peranti yang anda sedang gunakan

Sekiranya anda memuat turun Platform ke dalam mana-mana telefon atau peranti yang tidak dimiliki oleh anda, anda mesti mempunyai kebenaran pemilik untuk berbuat begitu. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi Terma dan Syarat ini, sama ada anda memiliki telefon atau peranti yang mana anda telah memuat turun Platform atau tidak.

Sekatan lesen

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan:

(i)        menyalin Platform, kecuali seperti yang dibenarkan secara langsung oleh lesen ini;

(ii)       mengubah suai, menterjemah, menyesuaikan, atau mencipta kerja derivatif mahupun penambahbaikan, sama ada ia boleh dipaten atau tidak, ke atas Platform;

(iii)      menjurutera berbalik, menyahbina, menyahsusun, mendekod, atau mencuba untuk mendapatkan atau memperoleh akses ke atas kod sumber Platform atau mana-mana bahagian daripadanya;

(iv)      mengalih, memadam, meminda, atau menutup apa-apa tanda perniagaan, hak cipta, tanda perniagaan, paten mahupun mana-mana hak milik intelek atau notis hak milik daripada Platform, termasuk sebarang salinannya;

(v)       menyewa, memajak, meminjamkan, menjual, mensublesen, memperuntuk, mengedar, menerbit, memindah atau dalam apa jua cara menjadikan Platform ini tersedia, mahupun sebarang ciri-ciri atau keberfungsian Platform, kepada mana-mana pihak ketiga atas apa jua sebab, termasuk menjadikan Platform tersedia dalam rangkaian di mana ia boleh diakses oleh lebih daripada satu peranti dalam sesuatu masa; atau

(vi)      mengalih, menyahdaya, memintas, atau dalam apa jua cara mencipta atau melaksanakan sebarang tindakan untuk menyimpang daripada mana-mana perlindungan salinan, pengurusan hak atau ciri-ciri keselamatan dalam atau yang melindungi Platform.

Perwakilan dan waranti anda
Dengan menggunakan Platform ini anda bersetuju dengan yang berikut:

(i)        anda tidak akan menggunakan Platform atau Perkhidmatan ini dalam apa jua cara yang melanggar undang-undang, untuk apa jua tujuan yang melanggar undang-undang, atau dalam apa jua cara yang tidak mematuhi terma ini, atau bertindak secara fraud atau berniat jahat, sebagai contoh, dengan menggodam ke dalam atau memasukkan kod hasad, seperti virus atau data yang berbahaya, ke dalam Platform atau Perkhidmatan;

(ii)       anda tidak akan melanggar hak milik intelek kami atau hak milik intelek pihak ketiga yang berkaitan dengan penggunaan anda dalam Platform atau Perkhidmatan;

(iii)      anda tidak menyiarkan sebarang bahan yang mencemarkan imej, menyinggung mahupun apa-apa yang boleh dipersoalkan tentang penggunaan anda dalam Platform atau Perkhidmatan;

(iv)      anda tidak akan menggunakan Platform atau Perkhidmatan dalam apa jua cara yang akan merosakkan, menyahdayakan, membebani, mengurangkan atau mengkompromi keselamatan Platform atau Perkhidmatan atau mencampuri pengguna-pengguna lain; dan

(v)       anda tidak akan menyimpan atau mengumpul mana-mana maklumat atau data daripada Perkhidmatan.

Hak milik intelek

Semua hak milik intelek dalam Platform dan Perkhidmatan di seluruh dunia adalah milik Science 37 dan hak dalam Platform dan Perkhidmatan adalah dilesen (bukannya dijual) kepada anda. Anda tidak mempunyai apa-apa hak milik intelek dalam, atau terhadap, Platform atau Perkhidmatan selain hak untuk menggunakannya mengikut Terma dan Syarat ini.

Penamatan

Sekiranya anda melanggar Terma dan Syarat ini, kebolehan anda untuk menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan akan ditamatkan. 

Tindakan-tindakan ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana hak atau remedi yang mungkin dipunyai oleh Science 37 dari segi undang-undang.

Anda boleh menamatkan Terma dan Syarat ini dengan berhenti mengakses dan menggunakan Platform ini.   

Kami mungkin akan menamatkan Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis, atas sebarang sebab atau tanpa sebarang sebab.

Selepas penamatan:

Semua hak yang diberikan kepada anda di bawah Terma dan Syarat ini juga akan ditamatkan; dan anda mesti menamatkan segala penggunaan Platform ini dan memadamkan Aplikasi ini daripada peranti mudah alih anda. Science 37 akan mengeluarkan hak akses anda ke dalam Platform.

Penamatan tidak akan mengehadkan mana-mana hak atau remedi Science 37 dari segi undang-undang atau ekuiti.

Penafian Waranti. PLATFORM INI DISEDIAKAN UNTUK ANDA “SEPERTI SEADANYA” DAN DENGAN SEGALA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN TANPA APA JUA WARANTI. SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, SCIENCE 37 MENAFIKAN DENGAN TERBUKANYA SEGALA WARANTI, SAMA ADA SECARA LANGSUNG, TERSIRAT, STATUTORI, ATAU SEBALIKNYA, BERKENAAN PLATFORM INI, TERMASUK SEGALA WARANTI KEBOLEHJUALAN TERSIRAT, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN YANG TERTENTU, GELARAN, DAN KETIDAKPELANGGARAN, DAN WARANTI YANG MUNGKIN TIMBUL DARIPADA PROSES TINDAKAN, PROSES PERLAKUAN, PENGGUNAAN ATAU AMALAN PERDAGANGAN.  TANPA HAD KEPADA YANG DISEBUT DI ATAS, SCIENCE 37 TIDAK MEMBERI SEBARANG WARANTI ATAU JANJI, DAN TIDAK MEWAKILI DALAM APA JUA CARA BAHAWA PLATFORM AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, MENCAPAI SEBARANG KEPUTUSAN YANG DIINGINI, BERSEPADAN, ATAU BERFUNGSI DENGAN MANA-MANA PERISIAN, APLIKASI, SISTEM ATAU PERKHIDMATAN YANG LAIN, BERFUNGSI TANPA GANGGUAN, MENEPATI APA-APA STANDARD PRESTASI ATAU KEBOLEHPERCAYAAN, ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, ATAUPUN SEBARANG RALAT DAN KELEMAHAN BOLEH ATAU AKAN DIBETULKAN.

TIDAK TERMASUK YANG DINYATAKAN DI ATAS, TIADA APA-APA DALAM TERMA DAN SYARAT INI BERNIAT UNTUK MENGECUALIKAN ATAU MENGEHADKAN LIABILITI MANA-MANA PIHAK KE ATAS PIHAK YANG LAIN UNTUK KEMATIAN ATAU KECEDERAAN PERIBADI YANG DISEBABKAN OLEH KECUAIAN, FRAUD ATAU PERWAKILAN YANG FRAUD, ATAU KE ATAS LIABILITI LAIN YANG TIDAK BOLEH DIHADKAN ATAU DIKECUALIKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN.

SESETENGAH PERUNDANGAN TIDAK MEMBENARKAN PENAFIAN WARANTI, OLEH ITU SESETENGAH ATAU KESEMUA YANG DINYATAKAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK AKAN TERTAKLUK KEPADA ANDA.

Keselamatan Platform. Anda memahami dan bersetuju bahawa Platform ini, seperti juga kebanyakan perisian dan perkhidmatan Internet yang lain, mungkin tertakluk kepada isu-isu keselamatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada isu keselamatan yang disebabkan oleh pengguna, kualiti perkhidmatan rangkaian, persekitaran sosial, virus, program kuda Trojan, program hasad, dsb.). Science 37 tidak bertanggungjawab ke atas, dan tidak boleh memastikan keselamatan mana-mana siaran data yang dilakukan oleh anda atau peranti mudah alih anda menggunakan rangkaian Internet yang tidak selamat. Anda menerima kesan-kesan keselamatan yang wujud dalam penggunaan Platform, dan kami menasihatkan anda supaya mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi peranti anda (seperti melalui sistem antivirus yang dikemas kini).

Sekatan Liabiliti. SEHINGGA HAD YANG DIBENARKAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG, DALAM TIADA KEADAAN LANGSUNG DI MANA SCIENCE 37 AKAN MEMPUNYAI APA-APA LIABILITI YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN ANDA ATAU KETIDAKMAMPUAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN PLATFORM ATAU KANDUNGAN ATAU PERKHIDMATAN UNTUK:
KECEDERAAN PERIBADI, KEROSAKAN HARTA BENDA, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KOS MENGGANTIKAN BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN, KEHILANGAN DATA, KEHILANGAN KEPERCAYAAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEGAGALAN ATAU KEROSAKAN KOMPUTER, ATAU MANA-MANA KEROSAKAN YANG DIAKIBATKAN, KEBETULAN, TIDAK LANGSUNG, SEBAGAI CONTOH, KHAS ATAU PUNITIF.

SEKATAN YANG DINYATAKAN DI ATAS AKAN DIKENAKAN SAMA ADA KEROSAKAN INI TIMBUL ATAS PELANGGARAN KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN), ATAU SEBALIKNYA DAN TIDAK KIRA SAMA ADA KEROSAKAN INI TELAH DIJANGKA ATAU SCIENCE 37 DINASIHATI TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN INI. SESETENGAH PERUNDANGAN TIDAK MEMBENARKAN SESETENGAH SEKATAN LIABILITI, OLEH ITU SESETENGAH ATAU KESEMUA SEKATAN LIABILITI DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERTAKLUK KEPADA ANDA.

Perlindungan.  Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahan, dan tidak memudaratkan Science 37 dan pegawai, pengarah, pekerja, ejen, sekutu, penggantinya, dan daripada sebarang dan semua kerugian, kerosakan, liabiliti, kekurangan, tuntutan, tindakan, penghakiman, penyelesaian, faedah, ganjaran, penalti, saman, kos, atau perbelanjaan walau apa pun jenisnya, termasuk yuran guaman yang berpatutan, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau penyalahgunaan anda dalam Platform atau Perkhidmatan atau pelanggaran anda terhadap Terma dan Syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang anda serahkan atau sediakan melalui Platform ini.

Kebolehpisahan.  Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini yang melanggar undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan di bawah undang-undang yang berkenaan, baki peruntukan ini akan dipinda untuk mencapai sedekat mungkin kesan terma yang asal dan kesemua peruntukan Terma dan Syarat ini akan diteruskan sepenuhnya.

Undang-Undang Yang Mengawal Selia. Terma dan Syarat ini dikawal selia dan ditafsir mengikut undang-undang dalaman Negeri California, U.S.A. tanpa memberi kesan kepada mana-mana pilihan mahupun konflik peruntukan undang-undang atau peraturan. Sebarang dakwaan, tindakan atau perbicaraan undang-undang yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini ataupun Platform akan diinstitusikan secara eksklusif di dalam mahkamah Negeri California.  Anda mengecualikan sebarang dan segala bantahan kepada pengamalan perundangan ke atas anda oleh mahkamah-mahkamah ini dan ke atas tempat di mahkamah-mahkamah seumpama ini.

Seluruh Perjanjian. Terma dan Syarat ini dan Dasar Privasi kami mewakili seluruh perjanjian di antara anda dan Science 37 berkenaan dengan Platform dan Perkhidmatan kami dan menggantikan semua pemahaman dan perjanjian yang sebelumnya atau sewaktu dengannya, sama ada ditulis mahupun secara lisan, yang berkaitan dengan Platform.

Pengecualian.  Tiada kegagalan untuk melaksanakan, dan tiada tangguhan dalam melaksanakan, di mana-mana pihak, sebarang hak atau kuasa di bawah akan beroperasi sebagai pengecualian, mahupun mana-mana penguatkuasaan tunggal atau separa bagi hak atau kuasa yang dinyatakan menghalang perlaksanaan lanjut bagi itu atau mana-mana hak yang dinyatakan. Sekiranya berlaku konflik di antara Terma dan Syarat ini dan sebarang pembelian yang berkenaan atau terma yang lain, maka terma bagi Terma dan Syarat ini akan diguna pakai.

Pengemaskinian kepada terma kontrak. Terma dan Syarat ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Dengan terus menggunakan Platform ini, anda bersetuju untuk menerima Terma yang dikemas kini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana Terma & Syarat yang dikemas kini, anda mestilah berhenti menggunakan Platform.

Hubungi kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma dan Syarat ini, atau anda ingin memberi notis untuk berkomunikasi dengan Science 37, sila hubungi kami di Legal@Science37.com.