Dasar Privasi
Kali Terakhir Dikemas Kini 27 September 2023
Tujuan Dasar Privasi Global
Science 37, Inc. (“Science 37” atau “kami”,) komited untuk melindungi maklumat anda. Untuk melaksanakannya, kami mahu anda lebih membiasakan diri dengan cara kami memproses maklumat anda. Dasar Privasi Global Science 37 ini (“Dasar Privasi”) menggariskan bagaimana kami mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat melalui: laman web kami, yang terletak di https://www.science37.com/; ujian percubaan klinikal; halaman media sosial yang kami kawal, daripadanya anda mengakses Dasar Privasi ini (“Halaman Media Sosial”); mesej-mesej berformat HTML yang kami hantar kepada anda yang memautkan Dasar Privasi ini atau komunikasi-komunikasi lain dengan anda; dan interaksi luar talian yang anda ada dengan kami. Secara kolektif, kami merujuk kepada laman web, Halaman Media Sosial, e-mel dan interaksi perniagaan luar talian sebagai “Perkhidmatan”.
Sekiranya anda menggunakan platform berasaskan web dan aplikasi mudah alih kami untuk ujian percubaan klinikal, sila layari Dasar Privasi Platform Berasaskan Web dan Aplikasi Mudah Alih Science 37 untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami memproses maklumat yang dikumpulkan melalui Platform Science 37.
Jadual Kandungan
Maklumat Peribadi dan Lain-Lain Yang Kami Kumpul dan Bagaimana Kami Mengumpulnya
Bagaimana Kami Menggunakan dan Memproses Maklumat Anda
Pendedahan Maklumat Anda
Pengiklanan Berasaskan Minat dan Pihak Ketiga
Pemindahan dan Penstoran Maklumat Anda
Pengekalan Data
Keselamatan
Maklumat Sensitif
Kanak-Kanak
Pilihan Anda Mengenai Pemasaran Langsung
Hak-Hak Anda
Pautan Luaran atau Pihak Ketiga
Pertukaran Kepada Dasar Privasi
Bagaimana Untuk Menghubungi Kami
Maklumat Tambahan Tentang EEA dan UK
Maklumat Tambahan Tentang California
Maklumat Peribadi Dan Maklumat Lain Yang Kami Kumpulkan Dan Cara Kami Mengumpulkannya
Maklumat Peribadi
Sebagai mana yang digunakan dalam Dasar Privasi ini, “Maklumat Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda sebagai seorang individu atau secara munasabah boleh dipautkan, secara langsung atau tidak langsung, kepada orang semula jadi tertentu. Perkhidmatan mengumpulkan jenis Maklumat Peribadi berikut: nama, alamat, nombor telefon, maklumat perhubungan lain, maklumat resume dan CV yang diberikan dalam permohonan pekerjaan, maklumat berkaitan kesihatan dan alamat IP.
Kami perlu mengumpulkan Maklumat Peribadi untuk memberikan Perkhidmatan yang diminta kepada anda. Sekiranya anda tidak memberikan maklumat yang diminta, kami mungkin tidak boleh memberikan Perkhidmatan. Sekiranya anda mendedahkan apa-apa Maklumat Peribadi berkaitan dengan orang lain kepada kami atau kepada penyedia perkhidmatan kami berkenaan dengan Perkhidmatan, anda mewakilkan bahawa anda mempunyai kebenaran untuk melakukannya dan membenarkan kami menggunakan maklumat menurut Dasar Privasi ini.
Kami dan penyedia perkhidmatan kami mengumpulkan Maklumat Peribadi dalam pelbagai cara, termasuk melalui Perkhidmatan secara umum; melalui proses permohonan pekerjaan; dan daripada sumber-sumber lain.
Melalui Perkhidmatan dan Mendaftarkan Minat Dalam Ujian Percubaan Klinikal
Kami mengumpulkan Maklumat Peribadi melalui Perkhidmatan – sebagai contoh, apabila anda mendaftar minat atau mendaftar untuk ujian percubaan klinikal, mendaftar akaun untuk mengakses Perkhidmatan, menghadiri salah satu acara kami, atau mendaftar untuk surat berita.
Sekiranya anda mendaftar dalam ujian percubaan klinikal Science 37, anda akan menerima maklumat terperinci tentang pemprosesan – termasuk pengumpulan Maklumat Peribadi – semasa pemulaan proses ujian percubaan klinikal.
Peluang Pekerjaan
Sekiranya anda memohon pekerjaan melalui laman web kami, permohonan anda dan apa-apa maklumat tambahan yang anda berikan mungkin digunakan untuk mengakses kemahiran dan minat anda terhadap peluang kerjaya di Science 37, dan untuk tujuan pelaporan yang mungkin diperlukan oleh undang-undang tertentu sebuah negara. Kami juga boleh menggunakan maklumat anda untuk berkomunikasi dengan anda dan memaklumkan anda tentang peluang kerjaya.
Sumber-sumber Lain
Kami menerima Maklumat Peribadi anda daripada sumber-sumber lain – sebagai contoh, pangkalan data yang tersedia kepada pihak awam, rakan perekrutan ujian percubaan klinikal dan rakan pemasaran bersama, apabila mereka berkongsi maklumat dengan kami.
Maklumat Lain
“Maklumat Lain” merujuk kepada apa-apa maklumat yang tidak mendedahkan identiti tertentu anda atau tidak secara langsung mengaitkan kepada individu yang boleh dikenal pasti, dan termasuk maklumat seperti jenis pelayar Internet dan sistem operasi yang digunakan; nama domain laman web darinya anda datang; bilangan lawatan; purata masa diluangkan di laman; dan halaman yang dilayari. Kami boleh menggunakan Maklumat Lain, sebagai contoh, untuk memantau kerelevanan laman web kami dan menambah baik prestasi atau kandungannya.
Kami boleh menggunakan dan mendedahkan Maklumat Lain untuk apa-apa tujuan, melainkan kami disyaratkan untuk melakukan sebaliknya di bawah undang-undang yang diguna pakai. Sekiranya kami disyaratkan untuk menganggap Maklumat Lain sebagai Maklumat Peribadi di bawah undang-undang yang diguna pakai, kami boleh menggunakan dan mendedahkannya untuk tujuan yang kami gunakan dan dedahkan Maklumat Peribadi sebagai yang diperincikan dalam Dasar ini. Dalam sesetengah keadaan, kami boleh menggabungkan maklumat sebagai Maklumat Peribadi, asalkan ia digabungkan.
Kami mengumpulkan Maklumat lain dalam pelbagai cara, termasuk daripada pelayar peranti anda; kuki; gif jelas/berup web; analisis; kit pembangunan perisian ("SDK") dan ID pengiklanan mudah alih; pemalam pihak ketiga; penjejakan dalam talian pihak ketiga; teknologi Adobe Flash; lokasi fizikal.
Daripada Pelayar atau Peranti Anda
Maklumat tertentu dikumpulkan oleh kebanyakan pelayar atau secara automatik melalui peranti anda, seperti Kawalan Akses Media (MAC) anda, jenis komputer (Windows atau Mac), resolusi skrin, nama dan versi sistem operasi, pengeluar dan model peranti, bahasa, jenis dan versi pelayar Internet dan nama dan versi Perkhidmatan yang anda gunakan. Kami menggunakan maklumat ini untuk memastikan Perkhidmatan berfungsi dengan betul.
Kuki (Maklumat Yang Disimpan Secara Automatik Di Komputer Anda)
Kami menggunakan kuki di laman web kami. Kuki ialah fail kecil yang disimpan dalam komputer anda oleh pelayar web anda. Kuki membolehkan laman web kami mengecam sama ada anda pernah melawat sebelum ini dan boleh menyimpan kegemaran pengguna dan maklumat lain. Sebagai contoh, kuki boleh digunakan untuk mengumpul atau menyimpan maklumat tentang penggunaan anda terhadap laman web kami dalam sesi semasa anda dan sepanjang masa (termasuk halaman yang anda paparkan dan fail yang anda muat turun), sistem operasi komputer anda dan jenis pelayar, penyedia perkhidmatan Internet anda, nama domain dan alamat IP anda, lokasi geografi umum anda, laman web yang anda lawati sebelum laman web kami, dan pautan yang anda gunakan untuk meninggalkan laman web kami. Sekiranya anda bimbang tentang adanya kuki pada komputer anda, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menafikan semua kuki atau untuk menunjukkan bila kuki ditetapkan, membenarkan anda untuk menentukan sama ada untuk menerimanya atau tidak. Anda juga boleh memadam kuki daripada komputer anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk menyekat atau memadam kuki, ciri-ciri tertentu laman web mungkin tidak beroperasi dengan betul.
Untuk maklumat terperinci mengenai penggunaan kuki oleh Science 37, sila rujuk kepada Dasar Kuki Science 37.
Gif Jelas
Kami menggunakan teknologi perisian yang dipanggil gif jelas (juga dikenali sebagai berup web, pepijat web, atau tag piksel) bersama-sama dengan teknologi lain seperti e-tag dan JavaScript yang membantu kami menguruskan kandungan dengan lebih baik di laman kami dengan memaklumkan kepada kami kandungan mana yang berkesan. Gif jelas ialah grafik kecil dengan pengenal pasti unik, serupa fungsinya dengan kuki yang digunakan untuk menjejaki pergerakan pengguna web dalam talian. Berbeza daripada kuki, yang disimpan dalam perkakasan komputer pengguna, gif jelas, yang bersaiz sebenar noktah, dibenamkan secara tidak boleh nampak di halaman web. Kami tidak mengaitkan maklumat yang dikumpulkan oleh gif jelas, e-tag atau JavaScript dengan Maklumat Peribadi pengguna kami. Untuk maklumat terperinci mengenai penggunaan gif jelas dan teknologi lain oleh Science 37, sila rujuk Dasar Kuki Science 37.
Analisis
Kami bekerjasama dengan pihak ketiga tertentu untuk mendapatkan maklumat yang dikumpulkan secara automatik, yang dibincangkan di atas dan untuk melibat urus dalam analisis, pengauditan, penyelidikan dan pelaporan. Pihak-pihak ketiga ini boleh menggunakan log web atau berup web, dan mereka boleh menetapkan dan mengakses kuki di komputer atau peranti anda yang lain. Khususnya, laman web menggunakan Google Analytics untuk membantu mengumpulkan dan menganalisis maklumat tertentu untuk tujuan yang dibincangkan di atas. Anda boleh memilih keluar daripada penggunaan kuki oleh Google Analytics di sini.
SDK dan ID Pengiklanan Mudah Alih
Perkhidmatan kami mungkin termasuk SDK pihak ketiga yang membenarkan kami dan penyedia perkhidmatan kami untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti anda. Selain itu, sesetengah peranti mudah alih datang dengan ID pengiklanan boleh ditetapkan semula (seperti IDFA Apple dan ID Pengiklanan Google) yang, seperti juga kuki dan tag piksel, membenarkan kami dan penyedia perkhidmatan kami untuk mengenal pasti peranti mudah alih anda sepanjang masa untuk tujuan pengiklanan.
Pemalam Pihak Ketiga
Laman web kami mungkin termasuk pemalam daripada syarikat lain, termasuk syarikat media sosial (contohnya butang "Suka" Facebook). Pemalam ini boleh mengumpulkan maklumat, seperti maklumat tentang halaman yang anda layari, dan mengongsikannya dengan syarikat yang mencipta pemalam walaupun anda tidak mengklik pada pemalam. Pemalam pihak ketiga ini ditadbirkan oleh dasar privasi dan syarat syarikat yang menciptanya.
Penjejakan Dalam Talian Pihak Ketiga
Kami juga boleh bekerjasama dengan pihak ketiga tertentu untuk mengumpul, menganalisis dan menggunakan sesetengah maklumat yang diperihalkan dalam bahagian ini. Sebagai contoh, kami boleh membenarkan pihak ketiga untuk menetapkan kuki atau menggunakan berup web di laman web atau dalam komunikasi e-mel dengan daripada kami. Maklumat ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk analisis laman web dalam talian dan pengiklanan berasaskan minat. Sila lihat bahagian di bawah bertajuk “Analisis dan Pengiklanan Berasaskan Minat” untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan ini.
Maklumat Beragregat dan Dinyahkenal Pasti
Dari masa ke masa, kami juga boleh mengumpul dan berkongsi maklumat beragregat dan dinyahkenal pasti tentang pengguna Perkhidmatan. Maklumat beragregat dan dinyahkenal pasti seumpamanya tidak akan mengenal pasti anda secara peribadi.
Bagaimana Kami Menggunakan dan Memproses Maklumat Anda
Kami dan penyedia perkhidmatan kami menggunakan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan untuk tujuan berikut:
Kami akan melaksanakan aktiviti-aktiviti ini untuk menguruskan perhubungan kontraktual dengan anda dan/atau untuk memenuhi kewajipan undang-undang.
Kami melaksanakan aktiviti ini dengan kebenaran anda atau apabila kami mempunyai kepentingan yang sahih.
Kami akan menyediakan perkhidmatan diperibadikan berdasarkan kepentingan sahih kami, dan dengan kebenaran anda sehingga yang disyaratkan oleh undang-undang yang diguna pakai.
Kami melaksanakan aktiviti ini untuk menguruskan perhubungan kontraktual kami dengan anda, untuk mematuhi kewajipan undang-undang, dan/atau berdasarkan kepentingan sahih kami.
Kami boleh memautkan maklumat yang dikumpulkan melalui laman web dengan maklumat yang kami kumpulkan dalam konteks lain. Tetapi dalam kes itu, kami akan mengendalikan maklumat yang digabungkan dengan cara yang sejajar dengan Dasar Privasi ini.
Pendedahan Maklumat Anda
Kami mendedahkan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga yang menyokong ujian percubaan klinikal kami; penyedia perkhidmatan pihak ketiga lain; dan melalui cara lain. Anda juga boleh mendedahkan sendiri Maklumat Peribadi anda.
Ujian Percubaan Klinikal
Kami boleh mendedahkan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan atau yang anda berikan kepada kami kepada pihak ketiga yang kami gunakan untuk menyokong ujian percubaan klinikal kami atau perkhidmatan lain seperti yang diperihalkan dalam Dasar Privasi. Mana-mana pihak ketiga tersebut terikat dengan kewajipan kontraktual untuk mengekalkan kerahsiaan Maklumat Peribadi dan menggunakannya untuk tujuan yang kami dedahkan kepada mereka sahaja.
Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga
Science 37 menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi pihak kami, termasuk syarikat pengehosan web, vendor surat-menyurat, dan penyedia analisis. Penyedia perkhidmatan ini boleh mengumpulkan dan/atau menggunakan maklumat anda, termasuk maklumat yang mengenal pasti anda secara peribadi, untuk membantu kami dalam mencapai tujuan yang dibincangkan di atas.
Kami boleh berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga lain apabila perlu untuk memenuhi permintaan anda untuk perkhidmatan; untuk melengkapkan transaksi yang anda mulakan; untuk memenuhi syarat mana-mana perjanjian yang anda ada dengan kami atau rakan kami; atau untuk menguruskan perniagaan kami.
Penggunaan dan Pendedahan Lain
Kami juga menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda sebagai mana yang diperlukan atau sesuai, khususnya apabila kami mempunyai kewajipan undang-undang atau kepentingan sahih untuk melakukannya, termasuk:
Pendedahan Anda Sendiri
Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda boleh memilih untuk mendedahkan Maklumat Peribadi anda. Ini termasuklah mendedahkan melalui papan mesej, perbualan, halaman profil, blog, dan perkhidmatan lain yang anda boleh poskan maklumat dan kandungan (termasuk, tanpa had, Halaman Media Sosial kami). Harap maklum bahawa apa-apa maklumat yang anda poskan atau dedahkan melalui perkhidmatan ini akan menjadi awam dan boleh tersedia kepada pengguna lain dan pihak awam secara amnya. Ini juga termasuk pendedahan melalui aktiviti perkongsian sosial anda.
Pengiklanan Berasaskan Minat dan Pihak Ketiga
Laman web juga membolehkan mekanisme penjejakan pihak ketiga untuk mengumpulkan maklumat tentang anda dan peranti pengkomputeran anda untuk kegunaan dalam pengiklanan berasaskan minat dalam talian. Sebagai contoh, pihak ketiga, seperti Facebook, boleh menggunakan hakikat bahawa anda melawat laman web kami untuk menyasarkan iklan dalam talian kepada anda. Selain itu, rangkaian pengiklanan pihak ketiga kami boleh menggunakan maklumat tentang penggunaan anda terhadap laman web kami untuk membantu menyasarkan iklan berdasarkan aktiviti dalam talian anda secara amnya. Untuk maklumat tentang amalan pengiklanan berasaskan minat, termasuk privasi dan kerahsiaan, layari laman web Inisiatif Pengiklanan Rangkaian atau laman web Pakatan Pengiklanan Digital.
Penggunaan mekanisme penjejakan dalam talian oleh pihak ketiga adalah tertakluk kepada dasar privasi pihak ketiga itu sendiri, dan bukan Dasar Privasi ini. Sekiranya anda lebih gemar untuk mencegah pihak ketiga daripada menetapkan dan mengakses kuki di komputer anda atau peranti anda yang lain, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menyekat kuki. Selain itu, anda boleh mengalih keluar diri anda daripada pengiklanan sasaran syarikat dalam Inisiatif Pengiklanan Rangkaian dengan memilih keluar di sini, atau syarikat yang menyertai dalam Pakatan Pengiklanan Digital dengan memilih keluar di sini. Walaupun laman web kami pada masa ini tidak merespons kepada pengepala pelayar "jangan jejaki", anda boleh mengehadkan penjejakan melalui program pihak ketiga ini dan dengan mengambil langkah-langkah lain seperti yang dibincangkan di atas.
Anda juga boleh melayari Dasar Kuki kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana kami menggunakan kuki dan tentang bagaimana anda boleh melaraskan kegemaran kuki anda.
Pemindahan Dan Penstoran Maklumat Anda
Science 37 beribu pejabat di Raleigh, Carolina Utara, di Amerika Syarikat. Maklumat Peribadi anda mungkin disimpan dan diproses di mana-mana negara di mana kami mempunyai kemudahan atau yang penyedia perkhidmatan itu kami lantik, dan dengan menggunakan Perkhidmatan anda memahami bahawa maklumat anda akan dipindahkan ke negara-negara di luar negara anda bermastautin, termasuk Amerika Syarikat, yang mungkin mempunyai peraturan perlindungan data yang berbeza daripada negara anda. Dalam keadaan tertentu, mahkamah, agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi pengawalseliaan atau pihak berkuasa keselamatan di negara-negara lain tersebut boleh dibenarkan untuk mengakses Maklumat Peribadi anda.
Maklumat Tambahan Mengenai EEA, Switzerland dan UK
Sesetengah negara bukan EEA diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah, Switzerland dan UK sebagai menyediakan tahap perlindungan data yang mencukupi mengikut standard mereka (senarai penuh negara dengan perlindungan mencukupi tersedia di sini). Untuk pemindahan dari EEA, Switzerland dan UK ke negara-negara yang tidak dianggap mencukupi oleh Suruhanjaya Eropah, kami telah meletakkan langkah-langkah mencukupi, seperti klausa kontraktual standard yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Eropah untuk melindungi Maklumat Peribadi anda. Anda boleh mendapatkan salinan langkah-langkah ini dengan menghubungi kami mengikut bahagian "Cara Menghubungi Kami" di bawah.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan privasi tentang pemindahan atau penyimpanan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi kami di Privacy@Science37.com.
Pengekalan Data
Kami mengekalkan maklumat peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan atau dibenarkan mengikut tujuan ia didapatkan, sebagai mana yang digariskan dalam Dasar Privasi ini, dan/atau mengikut undang-undang yang diguna pakai.
Kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh pengekalan kami termasuk:
Keselamatan
Science 37 komited untuk melindungi Maklumat Peribadi yang anda kongsikan bersama kami.
Kami berusaha untuk menggunakan kombinasi teknologi keselamatan, prosedur dan langkah-langkah penyusunaturan yang munasabah untuk membantu melindungi Maklumat Peribadi anda daripada akses, penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran. Malangnya, tiada transmisi atau sistem penyimpanan data yang boleh menjamin 100% selamat. Sekiranya anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat, sila maklumkan kepada kami dengan serta-merta mengikut bahagian "Cara Menghubungi Kami" di bawah.
Maklumat Sensitif
Melainkan kami memintanya, kami meminta bahawa anda tidak menghantar kepada kami, dan anda tidak mendedahkan, mana-mana Maklumat Peribadi yang sensitif (contohnya nombor keselamatan sosial, maklumat berkaitan bangsa atau etnik asal, pandangan politik, agama atau kepercayaan lain, kesihatan, biometrik atau sifat genetik, latar belakang jenayah, atau keahlian kesatuan pekerja) di atau melalui Perkhidmatan atau sebaliknya kepada kami.
Kanak-kanak
Perkhidmatan Science 37 tidak dimaksudkan untuk kegunaan individu di bawah umur lapan belas (18) tahun, dan kami tidak secara maklum mengumpulkan Maklumat Peribadi daripada individu di bawah umur 16 tahun tanpa mencari dan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sah orang di bawah umur tersebut.
Pilihan Anda Mengenai Pemasaran Langsung
Kami memberikan anda pilihan mengenai penggunaan dan pendedahan kami terhadap Maklumat Peribadi anda, termasuk untuk tujuan pemasaran.
Sekiranya anda tidak mahu menerima e-mel daripada kami pada masa akan datang, anda boleh menyahlanggan pada bila-bila masa dengan mengklik pada pautan "nyahlanggan" atau menghubungi Privacy@Science37.com.
Science 37 juga menawarkan pilihan untuk keluar. Pilihan ini membenarkan anda untuk memilih unsur-unsur data yang anda mahu berikan dan yang tidak. Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan keluar daripada memberikan unsur-unsur data tertentu, hubungi kami di Privacy@Science37.com.
Science 37 tidak berkongsi Maklumat Peribadi dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran mereka tanpa kebenaran anda.
Science 37 akan cuba untuk memenuhi permintaan anda secara praktikal, munasabah dan sejajar dengan undang-undang yang diguna pakai. Harap maklum bahawa sekiranya anda tidak memilih keluar daripada menerima e-mel berkaitan pemasaran daripada kami, kami masih boleh untuk menghantar mesej-mesej pentadbiran penting kepada anda, yang anda tidak boleh pilih keluar.
Hak-hak Anda
Sekiraya anda ingin meminta untuk mengakses, membetulkan, mengemas kini, menahan, menyekat atau memadam Maklumat Peribadi, membantah untuk atau memilih keluar daripada pemprosesan Maklumat Peribadi, atau sekiranya anda ingin meminta untuk menerima sesalinan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan mengedarkannya ke syarikat lain (setakat hak-hak ini disediakan kepada anda oleh undang-undang yang diguna pakai), sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat hubungan di hujung Dasar Privasi ini. Kami akan menjawab permintaan anda secara konsisten dengan undang-undang yang diguna pakai. Sekiranya anda pemastautin Negeri California, sila rujuk kepada bahagian "Maklumat Tambahan Mengenai California" di hujung Dasar Privasi ini untuk maklumat lanjut tentang permintaan yang anda mungkin boleh buat di bawah CCPA.
Dalam permintaan anda, sila nyatakan dengan jelas Maklumat Peribadi yang anda ingin tukar atau sama ada anda ingin Maklumat Peribadi anda ditahan daripada pangkalan data kami. Untuk perlindungan anda, kami hanya boleh menunaikan permintaan terhadap Maklumat Peribadi yang dikaitkan dengan alamat e-mel tertentu yang anda gunakan untuk menghantar permintaan anda kepada kami, dan kami mungkin perlu menentusahkan identiti anda sebelum menunaikan permintaan anda. Kami akan cuba untuk memenuhi permintaan anda secepat mungkin sebagai mana yang secara praktikalnya munasabah.
Harap maklum bahawa kami mungkin perlu untuk mengekalkan maklumat tertentu untuk tujuan penyimpanan rekod.
Sekiranya anda menarik diri atau dikeluarkan daripada ujian percubaan klinikal, kami tidak akan mengumpul atau menerima apa-apa maklumat baharu daripada Perkhidmatan. Walau bagaimanapun, maklumat yang telah pun dikumpulkan, diproses, dan disimpan sehingga pada masa permintaan penarikan diri anda diterima mungkin tidak boleh dipadamkan, dan mungkin boleh digunakan untuk tujuan ujian percubaan klinikal, termasuk dalam pematuhan syarat-syarat pengawalseliaan, melainkan undang-undang yang diguna pakai mensyaratkan yang sebaliknya.
Pautan Luaran atau Pihak Ketiga
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sekiranya anda menggunakan pautan ini, anda akan meninggalkan laman web. Dasar Privasi ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab untuk, privasi, maklumat atau amalan lain daripada mana-mana pihak ketiga, termasuk pihak ketiga yang mengoperasikan mana-mana laman web atau perkhidmatan yang dipautkan pada Perkhidmatan. Ketermasukan pautan pada Perkhidmatan tidak bermaksud bahawa kami mengendors laman atau perkhidmatan yang dipautkan.
Selain itu, kami tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat atau dasar atau amalan dasar keselamatan organisasi lain, seperti Facebook, Apple, Google, Microsoft, RIM, atau mana-mana pembangun aplikasi lain, penyedia aplikasi, penyedia platform media sosial, penyedia perkhidmatan wayarles, atau pengeluar peranti, termasuk mengenai mana-mana Maklumat Peribadi yang anda dedahkan kepada organisasi-organisai lain melalui atau dalam kaitan dengan Halaman Media Sosial kami. Sekiranya anda memutuskan untuk mengakses mana-mana laman pihak ketiga yang disenaraikan di laman web kami, anda melakukannya atas tanggungan sendiri.
Perubahan Pada Dasar Privasi
Kami boleh membuat perubahan kepada laman web pada masa akan datang, dan sehubungan itu, kami perlu mengkaji semula Dasar Privasi ini untuk mencerminkan perubahan tersebut. Kami akan mengepos perubahan tersebut di laman web, oleh itu anda hendaklah meneliti halaman ini secara berkala. Sebarang perubahan akan dikuatkuasakan apabila kami mengepos Dasar Privasi mengenai Perkhidmatan yang telah diubah.
Cara Menghubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen tentang Dasar Privasi Global Science 37, sila hubungi kami Privacy@Science37.com. Anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di:
Science 37, Inc.
Perhatian: DPO
3005 Carrington Mill Blvd, Suite #500
Morrisville NC 27560
Maklumat Tambahan Mengenai EEA dan UK
Science 37 terletak di Amerika Syarikat. Science 37 mematuhi dan menggunakan EEA dan klausa kontrak standard diluluskan UK dan lain-lain mekanisma untuk pemindahan Maklumat Peribadi dari EEA dan UK ke Amerika Syarikat
Anda juga boleh
Maklumat Tambahan Mengenai California
Menurut Akta Privasi Pengguna California 2018 (“CCPA”), kami menyediakan butiran tambahan mengenai kategori Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan, gunakan, dan dedahkan mengenai pemastautin California.
Pengumpulan, Pendedahan Maklumat Peribadi
Carta berikut termasuk: (1) kategori Maklumat Peribadi, sebagai mana yang disenaraikan dalam CCPA, yang kami rancang untuk kumpulkan dan telah kumpul dan dedahkan dalam 12 bulan sebelumnya; dan (2) kategori pihak ketiga kepada mereka kami dedahkan Maklumat Peribadi untuk tujuan pengoperasian perniagaan kami dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.
|
|
|
|
|
|
Jualan dan Perkongsian Maklumat Peribadi
Di bawah CCPA, sekiranya perniagaan menjual Maklumat Peribadi, ia mestilah membenarkan pemastautin California untuk memilih keluar jualan Maklumat Peribadi mereka. Kami tidak "menjual" Maklumat Peribadi. Kami tidak menjual Maklumat Peribadi orang di bawah umur 16 tahun. Kami tidak berkongsi Maklumat Peribadi seperti yang dinyatakan oleh CCPA iaitu pendedahan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan gelagat merentas konteks.
Sumber Maklumat Peribadi
Kami mengumpulkan Maklumat Peribadi sebagai mana yang diperihalkan di atas, termasuk daripada anda apabila anda menghubungi kami melalui Perkhidmatan.
Penggunaan Maklumat Peribadi
Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi ini untuk mengoperasikan, menguruskan, dan menyelenggara perniagaan kami, untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami, dan untuk mencapai tujuan dan objektif perniagaan kami, termasuk seperti mana yang diperihalkan di atas.
Hak dan Permintaan CCPA
Tertakluk kepada sesetengah had dan pengecualian, penduduk California boleh melakukan permintaan yang berikut:
Untuk membuat permintaan, sila hubungi kami di 1-866-888-7580 atau dengan mengikut bahagian "Cara Menghubungi Kami" di atas. Kami akan menentusahkan dan menjawab permintaan anda sejajar dengan undang-undang yang diguna pakai, mengambil kira jenis dan kesensitifan Maklumat Peribadi tertakluk kepada permintaan. Kami mungkin perlu meminta Maklumat Peribadi tambahan daripada anda, seperti nama, alamat e-mel atau nombor telefon, untuk menentusahkan identiti anda dan melindungi daripada permintaan berunsur penipuan. Anda boleh membuat permintaan bagi pihak kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah sekiranya anda merupakan ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak tersebut. Sekiranya anda membuat Permintaan untuk Memadam, kami mungkin akan meminta anda untuk mengesahkan permintaan anda sebelum memadam Maklumat Peribadi anda.
Sekiranya anda ingin membuat Permintaan untuk Mengetahui atau Permintaan untuk Memadam sebagai ejen pihak berkuasa bagi pihak pemastautin Negeri California, anda boleh menggunakan kaedah penyerahan yang dinyatakan di atas. Sebagai sebahagian daripada proses penentusahan kami, kami mungkin akan meminta bahawa anda memberikan, jika berkenaan, bukti mengenai status anda sebagai ejen yang diberi kebenaran, yang juga boleh termasuk:
1. Bukti pendaftaran anda dengan Setiausaha Negeri California untuk mengendalikan perniagaan di California;
2. Bukti surat kuasa wakil daripada pemastautin menurut seksyen 4121-4130 Tatacara Probet.
Sekiranya anda seorang ejen yang diberi kebenaran dan tidak memberikan kepada kami surat kuasa wakil daripada pemastautin menurut seksyen 4121-4130 Tatacara Probet, kami juga boleh meminta pemastautin untuk:
1. Menentusahkan identiti pemastautin itu sendiri terus dengan kami; atau
2. Secara langsung mengesahkan dengan kami bahawa pemastautin memberikan kebenaran kepada anda untuk membuat permintaan.
Hak Untuk Mengehadkan Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Peribadi Sensitif
Science 37 tidak menggunakan mahupun mendedahkan maklumat peribadi yang sensitif di luar tujuan-tujuan yang diluluskan oleh CCPA.
Seksyen Pengekalan Data
Science 37 mengekalkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan hanya sebagai diperlukan dengan wajar bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam dasar ini, tidak kira sama ada didedahkan pada ketika pengumpulan, atau seperti yang diberi kuasa oleh anda, atau diperlukan oleh undang-undang.
Hak Untuk Tidak Didiskriminasikan
Anda berhak untuk bebas daripada layanan berunsur diskriminasi yang menyalahi undang-undang kerana menggunakan hak-hak anda di bawah CCPA.